Permit Import (AP) makanan dimansuhkan – Perdana Menteri Malaysia

Share this on

Permit Import (AP) makanan dimansuhkan – Perdana Menteri
By Raja Hisyam Raja Zaid • May 18, 2022


PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk memansuhkan Permit Import (AP) bahan
makanan dari luar negara ke Malaysia seperti yang dikenakan sebelum ini, kata Datuk Seri
Ismail Sabri Yaakob.


Menurut Perdana Menteri, pemansuhan itu berkuatkuasa serta-merta dan ia kini terbuka
kepada sesiapa sahaja untuk mengimport makanan dari luar negara.

“Saya percaya Kementerian Pertanian (Dan Industri Makanan) akan umumkan secara
terperinci… kita bersetuju tadi tiada AP import lagi untuk bahan makanan.
“Ia terbuka kepada sesiapa sahaja untuk mengimport bahan makanan masuk ke negara
kita. Jadi kalau dulu ada AP lembu, AP daging (dan) macam-macam lagi, mulai hari ini kita
tiada AP lagi,”

Ismail Sabri – Perdana Menteri Malaysia

Beliau berkata demikian kepada wartawan ketika ditemui selepas menghadiri Majlis
Sambutan Aidilfitri Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri 2022
“Semarak Aidilfitri, Keluarga JPM dirai” di sini, hari ini.

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/permit-import-ap-makanan-dimansuhkan-perdana-menteri-361939

Share this on

MEH Social Media

Halal Economy TV by MEH

LATEST POST