Kartel Daging Sejuk Beku Jahanamkan Industri Halal Malaysia

Share this on

1.KES Kartel Daging Sejuk Beku 30 Tan Tipu Label Halal memang menggemparkan negara.
Kes ini amat besar kesannya dan akan memecah rekod baru.
Sekalung tahniah diucapkan kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dan Sinar Harian yang berjaya membongkar isu ini.

Jika saya pegawai perolehan di pasaraya besar pun, apa yang saya boleh buat bila semua dokumen yang diberi oleh pembekal adalah cukup?

Peniaga kecil daging, ayam import hadapi isu ketidakpercayaan – Ustaz Bilal Jailani 
Ahli Majlis Ulama Isma (MUIS)

December 4, 2020 by fazleensafina

2.Untuk makluman, semua produk daging yang diimport masuk ke Malaysia wajib mempamer sijil Halal (rujuk Perintah Kastam [Larangan Mengenai Import] 1988).
Kastam bertanggungjawab menjaga pintu masuk negara dari daging dan ayam tak halal. Justeru, saya merayu pihak kastam segera mengetatkan kawalan.

3.Saya juga merayu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) segera mengesan di mana lokasi produk seludup ini, lalu segera menariknya dari pasaran.
KPDNHEP juga perlu menjelaskan, logo palsu mana yang terlibat dalam penipuan ini.

4.Yang paling kasihan adalah peniaga kecil daging dan ayam import.
Mereka akan menghadapi isu ketidak percayaan masyarakat terhadap produk mereka.
Jika terbukti daging dan ayam yang mereka beli dari pengimport adalah tidak halal, mereka tidak boleh menjualnya kepada orang ramai.

5.Eksekutif halal pula perlu segera menyemak sama ada syarikat mereka terbeli produk yang dipalsukan ini.

Sememangnya dalam sesetengah kes, Eksekutif Halal perlu melakukan pengesahan melebihi daripada apa yang disyaratkan dalam manual prosedur.

Cadangan saya, gunakan rapid test kit, atau analisa makmal atau pengesahan dengan badan halal luar negara terbabit. Jangan hanya bergantung kepada dokumentasi.

5.Berkenaan hukum makan daging sejuk beku yang dibeli dari pasar raya, saya berpandangan masyarakat perlu menunggu keputusan fatwa nasional dan negeri.

Buat masa ini, belilah daging dan ayam sejuk beku keluaran tempatan yang ada logo halal Malaysia sahaja.
Hal ini kerana kita pun tidak tahu label halal yang ada pada daging import berkenaan asli ataupun palsu.

8. Jika pintu masuk perdagangan negara dijaga oleh pihak dan sistem yang berpaksikan kepada sistem ketuhanan, dengan beriman kepada hari akhirat dan percaya syurga neraka, banyak isu halal negara dapat diselesaikan.

10. Kepada para pengguna, suarakan hak anda.

Sumber asal:

https://ismaweb.net/2020/12/04/kartel-daging-sejuk-beku-jahanamkan-industri-halal-malaysia/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net. serta Majlis Ekonomi Halal

Share this on

MEH Social Media

Halal Economy TV by MEH

LATEST POST